....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Thursday, March 31, 2011

TM HEWI "Mutiara Srikandi" besama Yang Bhg. Datin Zainah Binti Mokhtar

sedikit perkongsian buat mu yang bergelar wanita seperti ana.. sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Tarikh ; 25/3/2011(jumaat)
Dewan Al-Ghazali MSI
Tajuk : “wanita cantik, Anggun & Bergaya”
Doa  - nor azlinda binti amin
Bersama Y Bhg. Datin Dr. Zainah Bt mokhtar 
-          Perunding Awet Muda & Pendekatan Holistik
-          Pendekatan bersepadu sains dan budaya melayu berlandaskan Islam
-          1991 – doctor
-          Graduate USM
-          Berpengalaman dalam menyampaikan taklimat2 kesihatan holistic (bidang kulit)
-          Penulis buku “awet muda”
Muqaddimah : oleh ustazah Naemah Binti Hamzah
Perkongsian dengan Datin
-          Kecantikan dalam dan luar focus
-          Apa istilah cantik?: bergantung pada diri masing2 nak mendefinisikannya. Dan bergantung pada bangsa tertentu. Ada mengatakan telinga makin panjang ia cantik, orang iban.  Ada juga sesetengah mengatakan yang gemuk itu cantik.
-          Pada istilah, “dari Abdullah bin amr al-ash r.a rasulullah bersabda: “dunia adalah suatu kesenangan dan sebaik-baik kesenangan adalah wanita yang soleha”. (hr muslim)
-          Rahisianya kena jaga DNA. Sleep rules, mind rules, food rules, water, supplement, happiness, exersice rules... jika berlaku kesilapan dalam DNA, ia akan membentuk lain.
-          6 month followup untuk kurus cth program yg dilaksanakan..
-          Sel2 menua pada umur 30 an.. biological age.. rahsia kat dalam jika anda nak muda. Cth umur 80 tahun tapi sell dalam badan macam umur 40 tahun.
-          Apakah tujuan hidup? “az-zariyat:56”.. jadi hebat mcam mna pun tetap puncak adalah Redha Allah SWT.
-          “Hidup di dunia ini adalah satu daripada peringkat perjalanan menuju Allah dan badan ini adalah kenderaan bagi perjalanan itu”. Imam al-ghazali
-            Jadikan badan kita sebagai modal kita ke akhirat sama ada ke kanan atau kiri(neraka).. mulut tak sama dengan hati???
-          “fushsilat 41:53).. kenal tak ciptaan pencipta kita? Jika nak kenal
-          Bagaimana sel kulit terbentuk?
-          DNA terletak kat mana dalam badan?  
Alam sedar dan separuh sedar.. pendengaran, penglihatan dan jiwamu akan dipertanggungjawab.. agak2 kenapa?
Jiwa – apabila jiwa memilih semua akan ikut.. jadi niat  kena betul2.
Energy is you choose your thought intellectual mind.... your thoughts cause your fellings(emotional mind), cause your – actions which cause.. Conditions, Circumtances, Environtment, Results)
Sub Consensuses mind – akan terima benda yang tanpa ragu2. Kerana Allah itu maha kaya dan maha berkuasa. Cantik bila jadi idola... sub ni kan ambil dan membawa kita
Cadangan automatic.. think positive in mind, kesimpulan “kena jaga kata2”
Kecantikan menurut “syed qutb”
Hokum tarikan “low of attraction”- minta kat Allah.
-          “saya menarik ke dalam kehidupan saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga, dan focus, sama ada positif atau negative”
-          Positif menarik positif ‘apa yang anda berikan, anda akan menermanya kembali.
-          Lebih banyak anda beri lebih bnyak anda dapat.
LOVE – “semakin gembira semakin cantik anda kelihatan” rahsia kecantilkan, letak pada , cth belajar biar sebabnya  dengan kasih sayang.. rasa sayangg nak belajar. Buat sesuatu dengan perasaan suka.
“berilah kasih saying maka kalia n akan mendapat kasih saying dan memaafkanlah maka kalian akan mendapat kemaafan” hr ahmad bukhari:sahih
Hadith rasulullah saw
“sesungguhnya Allah SWT berfirman, aku akan mengikut prasangka hambaKu dan aku akan sentiasa menyertainya apabila mereka berdoa kepadaku”
Perintah dan larangan
Betis kurang 33cm, kemungkinan kena strok mudah.
Lemak dari perut ke jantung... strock
Idola ku rasulullah
-          Akhlak rasulullah “rendah hati, pemalu dan menampal pakaian yang sudah koyak”
-          Dll
Fatimah Zahrah
-          Puteri rasulullah..
-          Mempunyai sifat2 Ayahnya(Rasulullah)
Napoleon Hill
-          Apa yang kita rasa, itu yang kita dapat
-          Apa2 dalam kehidupan dari minda dahulu.
Stress management
-          Bila tinggi, kositol akan tinggi (hormon) kesan2
-          System otak dan badan
-          Protein
-          Kesan pada otak dan badan:-
-          Kulit akan kendur, sakit
-          Kollagen & elastin – kulit, sendi tulang dan otot.
-          Pelupa- kesan pada system saraf.
-          Penurunan system immunity (sakit pinggan, selesma, demam)
-          Metabolisme lemak-tinggi
-          Rambut gugur. Kuat makan klu over stress tak lalu
-          Air dalam badan-tekanan darah tinggi. Kena jga waktu tido
You want to talk about stress? You should see stress on the seams of these jeans! Jadilah pemaaf, stress akan kurang.
Tido lepas isyak seperti rasulullah dan bangun Awal.. sell badan baik pulih after isyak – 3am.
Sell repare : kena rehat. Melatonin (hormone awet muda) x keluar jika ada cahaya... kena tido gelap2, mula dengan cuba..... psikologikal repare cantik bila focus.. tahajudlah ubatnya. Solat zikir tafaqur-rahsiahnya.  
2:168, wahai manusia, makanlah apa yang dibumi, yang halal dan baik.
Punca penyakit adalah dari perut
3 minggu sekali makan daging kambing/lembu..
Tak makan gandum yang halus.
Pemakanan yang baik dapat menghalang  – sakit jantung, kencing manis, kanser, sakit sendi, jerawat, cth : beans liguenus,
Senaman yang baik
-          Seperti berjalannya Rasulullah SAW.
“rasulullah SAW apabila beliau berjalan, beliau berjalan dengan cepat seakan2 beliau turun ke tanah yang rendah”
Cinta tanpa sebab untuk Allah dan Rasulullah SAW
Penjagaan kulit
Beta wave – CEO dalam badan, ubun2 tempat sujud.
Nasihat Rasulullah “firman Allah – negeri akhirat itu, kami sediakan bagi orang2 yang tidak menuntut kemegahan dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi, dan akibat yang baik adalah bagi orang2 yang bertaqwa”
Pakai sunblock-cream UV, steroid cream.. aple sider, bagi menginginkan wajah yang cerah, namun tidak dapat disangkal kemujaraban wuduk boleh memberi cahaya pada wajah seseorang. cubalah
Jangan tanam perasaan kecewa.. tapi sebaliknya bertawakkal itu lebih baik.
Wujud hitam2 seperti lebab pada kulit wajah dan badan, kena cari punca, kulit kehitaman... salah satu punca adalah kegemukan, maka untuk tangani masalah  berusaha jadi kurus.
“duk bayangkan orang yang tak disuka, bayangkan kita baik dengan dia.. become new somebody. Hadiahkan fatihah pada orang yang kita tak suka.






Wednesday, March 30, 2011

untuk keselamatan bersama

assalamualaikum wbt.. kepada sahabat blogger sekalian...

alhamdulillah diberi jua peluang untuk ana mengisi entry dalam blog ini, apa yang ana nak kongsi lebih kepada isu yang berlegar-legar di mulut siswi. hujung minggu lepas 26 march 2011 dapat satu mesej daripada sahabat seperjuangan, dia beritahu yang blok Siswi KTC di ceroboh lelaki. ana sangat terkejut pada waktu itu ana tengah berprogram di Masjid.

ana tidak senang duduk sebenarnya, sebab ana risau dengan keadaan keselamatan tempat ana study dan faham dengan perasaan orang yang terlibat dalam keadaan tersebut kerana fitrah yang Allah beri sebagai wanita dan Hamba-Nya.

kembali semula ke kampus dengan pelbagai persoalan, bagaimana keadaan wanita yang terlibat? bagaimana dengan penghuni2 Siswi? dan macam2 lagi.. sepanjang perjalanan ana tak berhenti panjatkan doa untuk keselamatan semua.

semasa menanti sahabat jemput ke kolej, masa tu ana dengan shbt ana paw tunggu bersama-sama. tiba2 je rasa nak kongsi perasaan dengan paw. paw pun rupanya ada kisah tentang pencerobohan ini. menutur paw KTF juga pernah diceroboh oleh seorang lelaki, yang tidak dikenali. lelaki tersebut panjat toilet semata-mata nak melihat perempuan mandi.. masyaAllah..terkejut ana mendengarnya. kejadian berlaku awal pagi, masa siswi2 berada dalam bilik kuliah. sama seperti mesej yang ana terima dari sahabat baru-baru ni.

tadi ana bertemu dengan ustazah naemah, untuk berkongsi tentang masalah ini, banyak juga maklumat baru ana dapat, rupanya bukan setakat pencerobohan keatas siswi malah ada juga lelaki kat UTM ni kerja dia suka kumpul pakaian dalam wanita."masyaAllah". benda ni berlaku masa ustazah jadi felo. oleh yang demikian sebagai siswi ana rasa bertanggungjawab untuk sampaikan isu ni kepada semua siswi agar berhati-hati. menurut ustazah juga dengan barang2 tersebut jika tidak dijaga orang yang jahat boleh ambil tindakan untuk buat santau. wayauzubillah.. semoga kita sering di pelihara..

antara langkah2 untuk menjaga keselamatan:-

1. jadikan bacaan al-mathurat itu sebagai rutin harian.....
2. jangan suka jalan sorang-sorang bila balik kolej. lebih2 lagi lalu kawasan pembinaan dan tempat yang sunyi.
3. jaga baik2 harta (barangan) anda
4. pergantungan sepenuhnya dengan Allah dan berusahalah untuk jaga diri dan orang lain
5. sentiasa pesan2 dekat kawan2

ana sertakan no telefon yang boleh terus di hubungi jika anda melihat ada makhluk2 yang mencurugakan di blok anda.. terutamanya bagi blok2 siswi..

en. ishak : sambungan 30537
no tel: 012 7314999
kaunter keselamatan terbuka 24 jam : 30014

'input ini hanya utk penghuni2 Siswi tidak kita dari Universiti mana sekalipun"

Sunday, March 13, 2011

beriadah sambil beribadah... semoga keredhan diperoleh dari-Nya

malam pertemuan bermula sekian lama ia berhenti sementara, em rindu benar dekat sahabat2.. em sebelum tu masing-masing dah dijamu dengan forum 'indahnya iman' bersama brother shah... FCR

perbincangan semakin panas, bila bertubi-tubi idea daripada sahabat mencurah seperti air hujan. namun walau 20% je yang hadir, ia tetap memberi kepuasan pada diri ana untuk bertemu dengan shbt2 seperjuangan. ana pun tidak terlepas dari menyumbangkan idea, yang pasti pelbagai gelagat dipamerkan, ada yang senyap, senyum saje pun ada hehe memang best lah.

terus sambung qiam kat MSI, alhamdulillah ramai pula hamba Allah menginap di Rumah-Nya malam tu,(mahasiswi UPSI) pun ada sekali.. ana sempat kenal nama sowang je, nama dia pun macam shbt saya syafadilah iman. ingatkan sepupu ana ada joint sekali,, hehe rupanya YB dah busy

pukul 5.00am qiam.. namun masih ada lagi yang lena dibuai mimpi yang indah, mungkin ada yang termimpi tengah dakwah non muslim.. hehe sbb rasa tercabar bila dengar forum malam tadi(andaian ana saje). lebih kurang 5.45am kedengaran azan mendayu untuk membangunkan umat untuk menunaikan solat subuh.

6.50am, ana bergegas ke kolej, ya macam biasa lumrah orang yang tiada kenderaan, klu ada pun ana tak tahu pun nak bawa huhu.. jalan kakilah.. sempat jua Alhamdulillah tiba di stesyen pertemuan yang telah dijanjikan. em mana2 sahabat2 dan adik2 ni...em dah pukul 7.30am nni.. (risau).. alhamdulillah akhirnya kelihatan jua kelibat ira disana(urut2 muka). 

tututut..(bunyi mesej) "akak saya g lewat sikit ya'..anak usrah ana mesej, "xpe akak pi dulu ya jumpa kat balai cerap".. ana pun balas, takut pula kang panas nak ke  balai cerap.. ana dan ira pun joging lah ke balai cerap.. sampai je kat simpang taman rekriasi, kami coner ke kiri hehe, tak larat nak teruskan pendakian ke balai cerap. em ana pun terfikir, kat taman rekreasi tu klau tak silap kan ada surau...boleh lah.. tanpa buang masa ana dan ira pun g lah pondok2 kat taman rekreasi.

tuttutu..(bunyi)..ana terus je buka peti inbox.. owh rupanya pah mesej, 'kat mana?'... yelah kan kata nak ke balai cerap coner plak ke taman rekreasi.. dah bertiga em teruskan je aktiviti sambil tunggu shbt2 dan adik2 lain. sambil2 menunggu ana tunaikan solat sunat dhuha, wau sejuk giler air paip ni.. terdengar keluhan ana dan pah.. ira pun teruskan alunan qasidah 'ya badrotim'... 'ya toibah'... salam alaikh......

usai solat sunat dhuha, akhirnya bertambag lagi sowang.. 'datang pun anak akak, owh sowang je"? iza hanya tersenyum dari jauh.. "ok jom kita baca *ayat2 manzil sebelum kita g sarapan'. cadangan dari salah sowang group riadah.. kami berempat pun baca secara berjemaah.. tibe2 lalu 2 ekor kumbang.. (terjeling kejap) kelihatan raut wajah kumbang itu agak pelik.. ya itu sudah biasa..'islam datang dalam keadaan dagang, jadi ia kembali kepada dagang' benda yang benar zaman sekarang dianggap pelik.. apa pun moga Allah sentiasa beri hidayah pada kita semua dan kepada seluruh warga UTM tercinta.

segala yang baik datangnya dari Allah.. 

*ayat2 dalam manzil ni seumpama kita baca Al-Mathurat kubra (kumpulan doa yg disusun oleh Imam syahid Hassan Al-Banna-Ikhwan Muslimin).

p/s semoga cerita ini dapat menghiburkan shbt2 pembaca, segala komen adalah sangat di alu2kan'

terima kasih buat yang sudi teman ana untuk beriadah ^_^.. ana sayang kalian, semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga..
kata2 mutiara
"dalam kerendahan hati ada ketinggian budi"
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
"dalam kesempitan hidup, pasti ada kekuasaan ilmu"

'''' Maha Suci Allah, Yang Maha Adil""".. tidak Allah akan uji seseorang melaikan dengan tahap kemampuan seseorang..


nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium