muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Thursday, February 11, 2010

SANDERA KEBUN CINTA


'hari yang sungguh mempersona", hati kecilku berbicara tatkala menunggu azan berkumandang...
"em harap-harap dapat teman untuk ke ceramah malam ni" sekali lagi ku bermonolog. sejak kebelakangan ini daku sering berkata-kata dengan diri ku sendiri.. adakah itu suatu petanda, aku hanya insan biasa pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang telah berlaku..

mudah-mudahan sahaja ia petanda kebaikan. Alhamdulillah seusai solat maghrib berjemaah, ku melihat 4 orang sahabat seperjuangan ku tapi hanya dua orang sahaja yg ku kenali aida dan aniza..maaf sebab sebelum ni tak sempat nak betakruf..

pencaturan Allah sangat hebat malam tu, tanpa tidak ku duga ku kawan sekuliah ku ila, wana dan syima turut brada di sebuah cafe, ku ingatkan mereka dah pergi ceramah tu rupanya, mereka singgah dahu jkat cafe, segala puji bg Allah SWT seorang dari mereka memakai t-shirt labu ku sangat gembira krn ada perubahan berlaku pd dirinya. semoga sahaja dia terus mendapat hidayah, untuk istiqamah dalam pemakaian sebagai seorang muslimah.

'sandera kebun cinta' adalah tajuk ceramah yang disampaikan oleh ustaz Mahyudin, ku kagumi personaliti ustaz tersebut kerana bila ustaz membacakan ayat Al-Quran suaranya sangat mendayu-dayu dan mampu untuk mengharukan suasana, kerana juga ustaz merupakan kelulusan sastra Arab dari Jordan. pakar dalam ilmu taranum.. andai sahaja ia muslimah pasti akan ku daftar kan diri untuk berguru dengannya.

kembali kepada tajuk tersebut "sandera kebun cinta" apakah sebenarnya yg menarik pada tajuk tersebut? hati ku bergelojak ingn megetahui makna "sandera" itu sendiri, mengikut tafsiran yg ku beri adalah 'sandaran', 'sangkar', rupa-rupanya tiada yg kena.. maksudnya adalah sandera- orang yang tertawan.

pertama sekali yang di terangkan oleh Ustaz adalah perlu datang kan dahulu perasaan cinta pada Allah SWT, dengan menjaga hubungan dengan-Nya...tentu sahaja bila kita ingan behubung dengan nya melalui solat dan berdoa kepda Nya. cubalah rapat dan jalinkan hubugan dengan Allah terlebih dahulu. kerana ibadah wajib iaitu solat sesungguhnya dapat mencegah seseorang itu dri melakukan kemungkaran.

permulaan seseuatu perhubungan bermula dengan ungkapan salam, memberi salam hukumnya sunat, jawab salam pula hukumnya wajib... persoalan ustaz 'jika dalam solat yang diakhiri oleh salam, adakah perlu kita menjawabnya?' tersentak ku mendengar nya, tentu kita trfikir bila imam bg salam makmum menjawab tidak kke batal solat tersebut.. nah tidak boleh samakan ungkapan salam yang kita beri pd org lain dengan ungkapan khas dalam solat.. boleh faham? kesimpulannya jagalah CINTA dengan Allah SWT pasti Allah menjaga cinta kita dengan makhluk-Nya yang lain.laksanakanlah segala perintahnya untuk melakukan kebaikan dan jahui larangan Allah dengan mencegah kemungkaran.

CINTA yang kedua adalah Cintakan Rasulullah SAW, cinta pada sunnahnya, apa sahaja yang rasulullah lakukan kita ikut kerana akhlak rasulullah seperti kitab suci al-quran.. ustaz ada menerangkan kisah keperibadian rasulullah bersama dengan saidina Umar Al-khatab. satu ilmu baru yang kutemui adalah tentang penganugerahan yg Allah berikan kepada kaum wanita dan kaum lelaki. kaum wanita hatinya mudah sejuk, hanya bila marah mengambil masa 4 minit sahaja seperti ribut, tapi mengakibatkan kemusnahan yg dasyat. namun sebaliknya pada kaum lelaki marah senyap sepi, cool, sabar...tapi mengambil masa yang agak lama untuk pulih dari emosi marah. satu sirah iaitu nak tunjuk bagaimana tahap sebenar baru dikatakan sayangnya umar pada Rasulullah saw, iaitu ketika Rasulullah bertanya kepada saidina Umar, "ya umar macam mana kamu sayangkan aku?" jawab saidina umar 'sayang ku pada mu seperti nyawa ku sendiri' , " salah tu" jawab rasullah sAW. jika itu jawapan yang diberikan oleh rasulullah dimana kah tahap cinta kita berada, hanya dibibir? sedangkan saidina umar itu adalah sahabat rasulullah sendiri, astaghfirullah alazim.. cinta kita pada rasulullah bukan hanya sepertinya tetapi melebihi dari itu, apa2 sahaja yang kita sayang, rasulullah perlu kita sayang lebih lagi....

CINTA yang ketiga Allah pada Ibu dan bapa, jaga pertuturan kita dengan mereka, sering bertanya "dah makan ke belum?" bila kita berjahuan dengan mereka, sebabnya masa kita kecil2 dulu kan mak selalu tanya 'dah makan'? tak silap bila kita tanya khabar tetapi ada kurangnya kerana kitra sudah pasti akan keadaan yang telah berusia.. balas jasa baik yang telalh dilakukan oleh nya waktu kita kecil mengorbankan masa tidurnya semata-mata untuk kita,, pepatah melayu menyebut "ibu seorang mampu untuk menyara 10 orang anak, tetapi belum tentu 10 orang anak mampu untuk menya ibu seorang".sedarlah... baliklah mohon ampun kepada mereka sebelum terlambat... nauzubillah

yang paling last barulah CINTA kepada sesama manusia. "sandera kebun cinta" cuba buka ar-rum ayat ke 21."And of His signs is this: He created for you helpmeets from yourselves that ye might find rest in them, and He ordained between you love and mercy. Lo! herein indeed are portents for folk who reflect"
maksudnya, "sunggunya Allah jadilkan dalam kalangan kamu berpasang-pasangan lelaki dan wanita, untuk saling bergantungan. Allah juga menyeru untuk kita mencari pasangan, dalam hadith Rasulullah SAW, 'siapa yang benci akan sunah ku maka dia bukan dalam kalanganku'.. "tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mencintai saudaranya"

No comments:

aquarium