....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Sunday, January 10, 2010

SYAIR CINTA


Secebis syair ingin ku kongsi bersama kepada pengunjung blog sekalian… syair ini kutemui hasil dari pembacaan ku yang bertajuk seperti di atas “Titian Nabi” yang di karang oleh bestseller Mukjizat cinta iaitu Muhammad masykur A.R Said. Novel ini mengisahkan tentang dakwah yang dipadu dengan cerita cinta Islamik dan penuh dengan hikmah. Menarik pada kisah dalam novel ini, iaitu berlatarkan kepada tiga buah Negara, Indonesia, Mesir dan Tanah Suci. Aku tertarik dengan kisah ini kerana mengikut asal keturunan kusendiri yang berasal dari Sulawesi. Penulis banyak menerangkan tentang latar yang boleh menyebabkan pembaca turut berada di tempat tersebut. Begitu juga dengan gayabahasa yang digunakan, begitu aku terhujah, penulis menggunakan kombinasi tiga bahasa iaitu bahasa bugis, bahasa arab dan tentunya bahasa melayu.
Secara ringkas kisah tersebut mengangkat perjuangan hati dan cinta suci “Zahratul Jamilah” dan “Fauzan Attar”. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuh oleh kedua pasangan ini sebab itulah agaknya penulis menggunakan tajuk “titian nabi” bukan titian hati…. Antara dimuatkan dalam kisah ini juga kisah tentang sirah Rasulullah dan para sahabat, makna cinta suci, khusyuk dalam beribadah, kisah teladan dalam Al-quran dan As-sunnah.dan byak lg hikmah.. aku tidak dapat untuk mencoretkan untuk sahabat tapi aku sudi kok kiranya sahabat-sahabat ingin meminjam buku tersebut. Oleh itu hanya syair ini yang dapat ku kongsi, cubalah hayatinya…renung-renungkanlah….

Ada jiwa yang tidak kenal rasa cinta..

Dialah jiwa yang tidak tahu erti cinta..

Dengan cinta aku kenali jalan hidup ku..

Dengan cinta aku hampiri Allah yang ku rindu..

Andai hati berselimutkan iman,

Hidup beroleh kemuliaan..

Andai jiwa berserah diri,

Hidup kan terasa tenteram

Jika perilaku lurus, pintu kemudahan akan terbuka

Segala ada yg dibumi berasal daripada tanah

Andai antara diriku dan diri-Mu terjalin kasih

Tak akan diri ini jatuh dalam kehancuran..


Syair ini merangkumi keseluruhan kisah tersebut…..hanya cinta kepada Allah, kita akan menemui kebahagian….walau pun sukar untuk memilikinya tapi jika disulam taqwa dan iman semua akan menjadi mudah.. yang penting ‘DOA’..kerana doa itu senjata bg orang-orang Mukmin..

No comments:

nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium